Sunday, April 24, 2011

Found it!

Sedapnya. But.. I want the real one. =D



cesc: sabar2. ko xdela gemuk sgt. klu kurus sgt kang da xcool plak.

Hey Kamu!

22hb April...
'Miss Full of surprise'.. Thanks 4 celebrating my birthday..
Cewonok sgt! hehehe

Kengkawan, thanks jugak.

For my mom n dad, thanks 4 raise me up. Luv both of u so much!




&
"Kamu".. Thanks 4 wishing my birthday.
I really appreciated it. :D



cesc: saya sudah berusia 22 tahun! Hehehe

Sunday, April 3, 2011

Manusia oh manusia!

Assalamualaikum..

Waktu aku nk start taip post ni, aku dikejutkan dengan berita yang sangat mengejutkan, membuatkan aku rasa sangat bengaaaaaAAANNGGG! (Emo abis kan?) Korang nk tau apasal? Eiiii! nak cite pn sakit hati la weyh.. Ikutkan ati aku mmg aku taknak cite, kang korg plak yang rasa xpuas ati.. Tp atas permintaan korg (aku tau korg mesti nk tau gak en..), aku cite gak la.. Masa aku nk buat post ni, aku angkut r laptop ni g depan tv, skali Anugerah Bintang Popular Berita Harian daaa... Aku pn yang mmg tgh bosan ni, layan jela ABPBH tu.. Sampai satu moment tu, terkejut tahap beruk aku bila di umumkan FASHA SANDA menang! Weyh! xde org len ke? Halamak.. Bengong la sape yang undi tu.. Kesian Lisa Surihani tercinta.. =(
Asap merupakan makanan jin

Baiklah, bukan perkara di atas ni yang aku nk share dalam post kali ni, sebenarnya ade yang lebih menarik lagi.. Petang tadi, ade member aku cerita pasal adik dia terkena buatan orang. So, kali ni aku akan menyentuh mengenai Amalan Mistik... ~ ~ (Seram tak?) Tapi aku bukan nk cite pasal antu, aku nk berkongsi cerita pasal amalan ilmu hitam yang sering kita dengar hari ini, khususnya dari bangsa kita sendiri, orang melayu. Memang sangat menyedihkan bila kita dengar keluarga, kawan or kenalan kita terkena buatan orang ni, kenapalah kena bergantung pada bantuan Jin & Syaitan untuk menjatuhkan orang lain, dan yang paling penting, kenapa perlu dengki sampai nak menjatuhkan orang lain? Manusia oh manusia.. Banyak jenis sihir yang terdapat dalam muka bumi Allah ni, dan setiap satunya ada tujuannya tersendiri, contohnya untuk menyakiti seseorang, menjatuhkan orang lain dan juga meramal masa hadapan. Tp jangan terkejut, ada juga dikalangan peramal amalan hitam ini menggunakan ayat-ayat dan bacaan Al-Quran. Tetapi, tidak kiralah sepanjang mana sekali pun ayat/petikan dari surah-surah dalam Al-Quran yang digunakan, sekiranya ia bertujuan jahat dan bersifat menyekutukan Allah, maka ianya adalah sihir dan sangat bertentangan dengan hukum syara'. 

Maka sedarlah wahai saudara-saudarku. Amalan ilmu hitam/sihir ni memang kita dengar kan? Terutamanya dikalangan peniaga-peniaga, motif utama mereka adalah untuk menaikkan dan memajukan perniagaan mereka. Persoalanya, adakah keuntungan yang mereka perolehi tu halal dan diberkati? Macam mana hukumnya bila duit tu digunakan untuk memberi makan anak bini dan keluarga? Dalam Al-Quran pun ada menyebut pasal sihir ni, sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s.  Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w. Jadi, Adakah Nabi Pernah Disihirkan?

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam.  Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka"  
                                                                                                            (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat  Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu.  Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit-penyakit".

Kat sini aku sertakan sekali berberapa info yang aku amik dari http://www.al-azim.com/masjid/sihir.html :

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.  Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan  berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah.  Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja.  Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali.  Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini.  Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah. 
Jangan tgk Harry Porter, ini unsur hasutan :)



Kesimpulannya: 
Jauhilah diri anda dari amalan-amalan yang dilaknat Allah ni, ingatlah, segala yang ada di dunia ini datangnya dari Allah, pohonlah dari-Nya dan bukan dari syaitan, iblis mahupun jin.. 


cesc: kalau korang xpuas ati dengan post ni, jangan korang santau aku plak.. :) 

Friday, April 1, 2011

Prolonged Misery

Hai blog tercinta!
Setelah lama aku x jenguk blog ni (sebab giler bz), akhirnya hari ni sempat gak aku spend sikit masa untuk update blog aku yg bosan ni, siap sempat memberikan "wajah" baru lg.. Byknya aku nk cite kt post kali ni smpai aku xtau nk mulakan dari mana.. Hurm... Jap aku pk nk mula dari mana.. 
~
~  '(",)



Okay! da dapat.. Aku mulakan dengan  السلام عليكم


Aku rasa mcm nk post bnda yg sedih2 skit kali ni sebab aku mcm tgh sedih skit dengan nasib aku ni, lepas 1 dugaan, datang lg 1 dugaan, da mcm sudah jatuh ditimpa tangga, then tersimbah asid (tp hesem lg), pastu digigit anjing, seterusnya kena penyakit anjing gile.. Malang giler en? Aku anggap sume ni dugaan tuhan kt aku sebab dia nk uji aku.. Huh.. Baiknya kamu ni cesc bamee... ;) 
Generally, masalah2 ni sumenya berkenaan dengan pelajaran aku, cara aku uruskan hidup aku n x ketinggalan pasal relationship aku (bukan dengan awek je, tp dengan ramai org). Bab pelajaran ni la yang paling merunsingkan aku, mcm2 bnda yg aku kna face untuk complete kn diploma aku ni.. Member2 sekeliling sume da simpan diploma dorg dlm file, aku? Rupa skroll diploma 2 cmne pn aku xtau.. Ntah dapat tgk ke x.. Tp nk salahkan org len pn xleh gak, dorg punya otak sama je mcm otak aku, nmpak sgt aku ni xsuka nk exercise otak aku ni, pasal 2 la agaknya aku slalu sakit otak.. Hehehe..



Klu pasal relationship plak,  pening jugak la aku dibuatnya, kadang2, bile kita syg kt someone 2, kita cuba buat yg terbaik untuk dia, tp dia xnmpk pn sume 2, sakit ati je! Ikutkan ati, nk je aku ikat ko kt pokok2 kt i-city 2, pastu letak katak byk2 kt kaki ko (geli en?). Byk kali da aku ckp, aku akan cuba wat yg terbaik untuk jaga ko, nape la nk doubtful lg? Yg ni dah 1 hal, ade sorg lg budak ni pn buat aku puzzled gak, ko ingat aku ni suka sgt ke nk wat ko rsa cm2? Aku sendiri xsuka ape yg aku buat skrg ni, ko pn tau en ape option yg aku ade.. Cuba ko bgtau skit kt aku ko nk aku wat ape? Nk aku ikat ko kt i-city 2 skali ke? 

Tp, ade gak bnda yg best yg jd kt aku, antaranya, aku da dapat keta idaman aku masa zaman skolah dulu.. Yeay! Thankz daddy n mummy..  Cayang kamu giler2.. Hehehe.. And yg bestnye lg, aku da dapat ramai kawan baru kt UiTM ni, even dorg ni pangkat junior2 aku, tp rasa mcm best gle sbb dorg ni mmg gile skit, yg lelaki sekepala , yg perempuan plak gleesome abis.. and yg plg pntg, dorg ni mmg cool xingat.. Thankz la korg, klu aku masuk kelas len, mesti xde kawan2 mcm ni, ilang gak r rndu kt member2 kt kampung halaman 2.. Cheeeeh! :) 

Minggu lepas ktorg pg class trip kt Dusun Eco Resort, Pahang.. Sgt seronok, even trok aku kna bahan... Hm.. A memory that surely will be etched in my heart forever.. :)























cesc : Happiness last for a while, friendship is forever.. :)