Monday, August 8, 2011

+47° 6' 38.15", +9° 13' 43.56" - Misteri? Pertunjuk? atau Propaganda?

Aku xtau la klu bnda ni da lapok and aku je yang baru tau. Tp perkara ni betulbetul membuatkan aku rasa "something". Tp xtau cmne aku nak explain rasa "something" 2.. Maybe klu korang yang xtau pasal bnda ni, korg patut rasa sndiri. Yang pastinya, jgn buat apeape andaian yang dirasakan tak patut.. Tetapkan iman.. :)

Td aku sajesaje je nk google2, and aku jmpa bnda ni..

1. Buka google maps (maps.google.com)
2. Search 47.110579,9.227568
3. Cari panah warna hijau, trus klik 'street view'
4. Tekan gambar ke arah atas dan tekan kiri dan tengok apa yang ada kat langit...

Ni yang korg akan nampak..




So, aku pn taknak buat assumption yang bukan membuat keputusan untuk bertanya pada salah sorang guru aku.. Dia pn tak berani nak ckp pape.. Katanya.. 

"tu sume makhluk Allah, kita perlu tetapkan iman dlm sume hal xde yang mustahil bg diri-Nya."

Hm.. Betul tu.. Lebih baik kalau ilmu di dada tu belum cukup, jgn kaji dengan lebih mendalam, takut kita akan terpesong plak.. Sebagai seorg muslim, kita kena tetapkan iman kita.. Subhanallah...


Allah ta^ala berfirman:

أَفِى اللهِ شَكٌّ

Maknanya: “Tiada keraguan akan adanya Allah”. [Surah Ibrahim: 10]


Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:

كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya]


Berkemungkinan jugak perkara ni merupakan propaganda "musuhmusuh" Islam untuk menjatuhkan akidah anakanak adam.. Hanya tuhan je yang tahu.. :)



cesc: Renungrenungkan dan selamat beramal~ :)

Sunday, June 26, 2011

Malang Tidak Berbau.

Arini sangat seronok.. Pagi td pegi kelas, tp tak blaja pape pon, lecturer buat Q&A session je sbb Rabu ni ada test, paper Operation Management, killer paper utk sem ni. Balik tu, aku trus pegi Admin, tgk status pelajar kat HEA, Alhamdulillah, status aku da kembali normal, thanks to my koordinator, Pn. Zailati.. :)
Bosan kan cite pasal ni? Ok, kite tukar cite.. Cite pasal perjalanan balik aku dari Langat ke Jementah. Sepanjang 3jam perjalanan tu, aku mmg sangat2 mengatuk, maklumlah drive sorgsorg... Tapi, lepas je dari simpang Seremban. aku "disegarkan" oleh 3 insiden kemalangan. Mcm ni citernya..

-

Kemalangan 1:
Lokasi : Sebelum persimpangan Port Dickson.
Situasi : Sebuah kereta yang aku xdapat nak kenal pasti keta ape terbalik kat tengah-tengah jalan, jem ade r dekat 5km.Yang aku peliknya, kemalangan tu kan jalan menghala kat KL, yg nk menghala ke Johor ni pn jem ape kes??

Kemalangan 2:
Lokasi: Sebelum R&R Ayer Keroh.
Situasi : Masa aku sedang khayal layan lagu PRICE TAG (JESSIE J) kat Hitz tu, tibetibe je ade sekumpulan mamat-mamat singapore menunggang motor berkuasa tinggi memotong kereta aku, terkejut aku.. Masa tu aku tgh layan 290km/jam kat lane kanan skali (fake), korang bayangkan plak la dorg tu bawak brape plak? Mau 390km/jam. Tp aku mmg aim sorang mamat ni, motor dia kaler kelabu, mmg langsi gile sebb masa dia overtake aku tu, sikit lagi dia nk langgar side mirror aku.. Disebabkan aku sangat terkejut, aku siap jerit lagi "BIKIN PANAS LA LU BRO!! Aku sepak kepala ko kang.." Aku berani cakap mcm tu sebab tingkap tutup.. hehehe (ala.. klu xtutup pn, bukan dia dengar pn..) Nak dijadikan cite, 5minit lepas dorg overtake aku ramairamai tu, jalan jd jem.... Rupa-rupanya ade sorg mamat motor ni bersepah, langgar Teksi.. Terbaring dia kat tepi jalan tu.. Bile aku tgk betol2, yang eksiden ni mamat motor kelabu yang aku panas td la.. Terkesima aku.. Rasa bersalah sebab maki dia td pn ade.. Tp bile fikir balik, masa ko potong aku td bukan main bongkak lg muka lu kan? Tu la pedoman untuk ko.. Ape2 pn, aku harap ko selamat... (Baiknya ko ni cesc bamee..)

Kemalangan 3:
Lokasi : Selepas R&R Ayer Keroh.
Situasi : Belum pun sempat aku lupakan pasal mamat bermotor kelabu td, jalan jem balik.. Adoi.. Ape plak la kali ni.. Dari jauh lg aku da nampak asap hitam berkepul-kepul, mmg sah la ade org bersepah lg ni.. Bile da dekat tu, baru la aku nampak, sebuah proton wira tengah terbakar kat tepi jalan 2, sport rim dia cantik la weyh! Rugi2.. Ni mesti kes litar pintas, xpun overheat. Bile lalu kat sebelah dia tu, pergh.. Terasa bahang dia, disebabkan takut keta tu meletup and keta aku terbakar skali, cepatcepat aku pecut.. Tp aku rasa xde sape yang tercedera sebab aku tgk sume orang calm je.. Mybe dorg saje2 je nk bakar keta kt situ, nk wat BBQ la tu.. hehehe

-

Ape pn, kesian kat sume petugaspetugas, polis and medic kt Highway PLUS, mesti busy giler dorg nak settlekan eksideneksiden yang jadi kat area seliaan PLUS 2. Aku salute r korg! Syabas dan tahniah! Btw, aku xdpt nk sediakan ape2 visual aid untuk korg sebb aku sangatsangat malas la skrg, next time la eh.. :)


cesc: Biar lambat, asalkan selamat. :)

Sunday, April 24, 2011

Found it!

Sedapnya. But.. I want the real one. =D



cesc: sabar2. ko xdela gemuk sgt. klu kurus sgt kang da xcool plak.

Hey Kamu!

22hb April...
'Miss Full of surprise'.. Thanks 4 celebrating my birthday..
Cewonok sgt! hehehe

Kengkawan, thanks jugak.

For my mom n dad, thanks 4 raise me up. Luv both of u so much!




&
"Kamu".. Thanks 4 wishing my birthday.
I really appreciated it. :D



cesc: saya sudah berusia 22 tahun! Hehehe

Sunday, April 3, 2011

Manusia oh manusia!

Assalamualaikum..

Waktu aku nk start taip post ni, aku dikejutkan dengan berita yang sangat mengejutkan, membuatkan aku rasa sangat bengaaaaaAAANNGGG! (Emo abis kan?) Korang nk tau apasal? Eiiii! nak cite pn sakit hati la weyh.. Ikutkan ati aku mmg aku taknak cite, kang korg plak yang rasa xpuas ati.. Tp atas permintaan korg (aku tau korg mesti nk tau gak en..), aku cite gak la.. Masa aku nk buat post ni, aku angkut r laptop ni g depan tv, skali Anugerah Bintang Popular Berita Harian daaa... Aku pn yang mmg tgh bosan ni, layan jela ABPBH tu.. Sampai satu moment tu, terkejut tahap beruk aku bila di umumkan FASHA SANDA menang! Weyh! xde org len ke? Halamak.. Bengong la sape yang undi tu.. Kesian Lisa Surihani tercinta.. =(
Asap merupakan makanan jin

Baiklah, bukan perkara di atas ni yang aku nk share dalam post kali ni, sebenarnya ade yang lebih menarik lagi.. Petang tadi, ade member aku cerita pasal adik dia terkena buatan orang. So, kali ni aku akan menyentuh mengenai Amalan Mistik... ~ ~ (Seram tak?) Tapi aku bukan nk cite pasal antu, aku nk berkongsi cerita pasal amalan ilmu hitam yang sering kita dengar hari ini, khususnya dari bangsa kita sendiri, orang melayu. Memang sangat menyedihkan bila kita dengar keluarga, kawan or kenalan kita terkena buatan orang ni, kenapalah kena bergantung pada bantuan Jin & Syaitan untuk menjatuhkan orang lain, dan yang paling penting, kenapa perlu dengki sampai nak menjatuhkan orang lain? Manusia oh manusia.. Banyak jenis sihir yang terdapat dalam muka bumi Allah ni, dan setiap satunya ada tujuannya tersendiri, contohnya untuk menyakiti seseorang, menjatuhkan orang lain dan juga meramal masa hadapan. Tp jangan terkejut, ada juga dikalangan peramal amalan hitam ini menggunakan ayat-ayat dan bacaan Al-Quran. Tetapi, tidak kiralah sepanjang mana sekali pun ayat/petikan dari surah-surah dalam Al-Quran yang digunakan, sekiranya ia bertujuan jahat dan bersifat menyekutukan Allah, maka ianya adalah sihir dan sangat bertentangan dengan hukum syara'. 

Maka sedarlah wahai saudara-saudarku. Amalan ilmu hitam/sihir ni memang kita dengar kan? Terutamanya dikalangan peniaga-peniaga, motif utama mereka adalah untuk menaikkan dan memajukan perniagaan mereka. Persoalanya, adakah keuntungan yang mereka perolehi tu halal dan diberkati? Macam mana hukumnya bila duit tu digunakan untuk memberi makan anak bini dan keluarga? Dalam Al-Quran pun ada menyebut pasal sihir ni, sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s.  Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w. Jadi, Adakah Nabi Pernah Disihirkan?

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam.  Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka"  
                                                                                                            (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat  Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu.  Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit-penyakit".

Kat sini aku sertakan sekali berberapa info yang aku amik dari http://www.al-azim.com/masjid/sihir.html :

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.  Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan  berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah.  Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja.  Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali.  Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini.  Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah. 
Jangan tgk Harry Porter, ini unsur hasutan :)



Kesimpulannya: 
Jauhilah diri anda dari amalan-amalan yang dilaknat Allah ni, ingatlah, segala yang ada di dunia ini datangnya dari Allah, pohonlah dari-Nya dan bukan dari syaitan, iblis mahupun jin.. 


cesc: kalau korang xpuas ati dengan post ni, jangan korang santau aku plak.. :) 

Friday, April 1, 2011

Prolonged Misery

Hai blog tercinta!
Setelah lama aku x jenguk blog ni (sebab giler bz), akhirnya hari ni sempat gak aku spend sikit masa untuk update blog aku yg bosan ni, siap sempat memberikan "wajah" baru lg.. Byknya aku nk cite kt post kali ni smpai aku xtau nk mulakan dari mana.. Hurm... Jap aku pk nk mula dari mana.. 
~
~  '(",)



Okay! da dapat.. Aku mulakan dengan  السلام عليكم


Aku rasa mcm nk post bnda yg sedih2 skit kali ni sebab aku mcm tgh sedih skit dengan nasib aku ni, lepas 1 dugaan, datang lg 1 dugaan, da mcm sudah jatuh ditimpa tangga, then tersimbah asid (tp hesem lg), pastu digigit anjing, seterusnya kena penyakit anjing gile.. Malang giler en? Aku anggap sume ni dugaan tuhan kt aku sebab dia nk uji aku.. Huh.. Baiknya kamu ni cesc bamee... ;) 
Generally, masalah2 ni sumenya berkenaan dengan pelajaran aku, cara aku uruskan hidup aku n x ketinggalan pasal relationship aku (bukan dengan awek je, tp dengan ramai org). Bab pelajaran ni la yang paling merunsingkan aku, mcm2 bnda yg aku kna face untuk complete kn diploma aku ni.. Member2 sekeliling sume da simpan diploma dorg dlm file, aku? Rupa skroll diploma 2 cmne pn aku xtau.. Ntah dapat tgk ke x.. Tp nk salahkan org len pn xleh gak, dorg punya otak sama je mcm otak aku, nmpak sgt aku ni xsuka nk exercise otak aku ni, pasal 2 la agaknya aku slalu sakit otak.. Hehehe..



Klu pasal relationship plak,  pening jugak la aku dibuatnya, kadang2, bile kita syg kt someone 2, kita cuba buat yg terbaik untuk dia, tp dia xnmpk pn sume 2, sakit ati je! Ikutkan ati, nk je aku ikat ko kt pokok2 kt i-city 2, pastu letak katak byk2 kt kaki ko (geli en?). Byk kali da aku ckp, aku akan cuba wat yg terbaik untuk jaga ko, nape la nk doubtful lg? Yg ni dah 1 hal, ade sorg lg budak ni pn buat aku puzzled gak, ko ingat aku ni suka sgt ke nk wat ko rsa cm2? Aku sendiri xsuka ape yg aku buat skrg ni, ko pn tau en ape option yg aku ade.. Cuba ko bgtau skit kt aku ko nk aku wat ape? Nk aku ikat ko kt i-city 2 skali ke? 

Tp, ade gak bnda yg best yg jd kt aku, antaranya, aku da dapat keta idaman aku masa zaman skolah dulu.. Yeay! Thankz daddy n mummy..  Cayang kamu giler2.. Hehehe.. And yg bestnye lg, aku da dapat ramai kawan baru kt UiTM ni, even dorg ni pangkat junior2 aku, tp rasa mcm best gle sbb dorg ni mmg gile skit, yg lelaki sekepala , yg perempuan plak gleesome abis.. and yg plg pntg, dorg ni mmg cool xingat.. Thankz la korg, klu aku masuk kelas len, mesti xde kawan2 mcm ni, ilang gak r rndu kt member2 kt kampung halaman 2.. Cheeeeh! :) 

Minggu lepas ktorg pg class trip kt Dusun Eco Resort, Pahang.. Sgt seronok, even trok aku kna bahan... Hm.. A memory that surely will be etched in my heart forever.. :)























cesc : Happiness last for a while, friendship is forever.. :) 

Sunday, February 13, 2011

Kuning!

Ajoi baru beli printer dari sebuah IT Mall. Balik ke rumah dengan ghairahnya dia memasang printer tersebut dan sekali install jer Ajoi berjaya print beberapa
keping gambar.
Tapi Ajoi pelik setiap kali ada warna kuning mesti tak jadi warna kuning. Yang keluar ialah warna cyan dan magenta jer.
Telah cuba berpuluh kali, Ajoi mula geram dan dibeleknya resit pembeliannya tadi dan menelefon kedai tadi. Customer service yang bernama Sumardi sedang
asyik melayan blog semasa telefon kedainya berdering.
Sumardi: “Hello!”
Ajoi: “Halo..halo apasal aku punya printer yang baru beli tadi takde warna kuning?”
Sumardi : “Aiya bunyi cam pelik jer tu bro..?”
Ajoi: “Kalau saya print warna biru jadi warna hijau..
Sumardi: “Ok cuba encik keluarkan balik catridge warna lepas tu masukkan balik..”
Ajoi: “Ok..ok.. ha done!”
Sumardi: “Cuba encik print lagi warna biru”
Ajoi: “Ok…. ha dia kuar warna hijau lagi nih!”
Sumardi:” Alamak … encik tak masuk ketat-ketat ker?”
Ajoi: “Dah ketat la wwei…”
Sumardi: “Hmm… ok-ok jangan marah encik, cuba encik uninstall balik software printer tadi lepas tu encik install semula, nnt encik call balik.Takut encik salah install tadi.”
Ajoi buat uninstall printer tadi dan reinstall balik tapi masalah tadi tetap berlaku, dia call customer service tadi..
Ajoi: “Haloo! Tak boleh lagi lah!”
Sumardi mula pening dan minta bantuan kawan-kawan dia yang lain. Malangnya semua xde idea..
Sumardi: “En Ajoi, nanti saya cuba tanya orang HQ atau search kat google jap , nanti saya telefon encik semula.”
Setelah dua jam, Sumardi dan kawan-kawan dia tadi masih tak menemui jawapannya dan membuat keputusan supaya Ajoi menukar printer baru. Tiba-tiba AJoi call balik customer service tadi…
Ajoi:”Halo saya nak tanya lagi nih, adakah lebih baik kalau saya guna A4 warna putih daripada kertas warna kuning yang saya gunakan sekarang…?”
Sumardi: Terharu…sampai menitik air mata


Cesc: Sumber dari rakan saya.. Hehee

Saturday, February 12, 2011

Jika Islam Itu Benar, Tempatku, Bilikku di Neraka???

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.“Jika Islam itu benar tempatkan bilikku di Neraka, ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,”katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.



Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik tuk kita jadikan iktibar dan pengajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.



Cesc: Sumber oleh Zameer Fisabilillah

Thursday, January 27, 2011

Kisah Benar (Banglo Seksyen 2, Shah Alam) - 18PL

Aku baca story ni dari notes dalam FB member aku.. Sekadar bacaan untuk dikongsikan.. 
Selamat membaca.. :)

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].


Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.


Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.


Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.


Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.


Mlm tu kitorg kna lg teruk.


Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.


Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!




Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.


Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!


Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.


Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.


Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......


Aku demam 3 hari.


Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.


Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?


Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..


Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...Al-Fatihah ..

Gambar Hiasan



cesc: kepada semua penduduk seksyen 2, awas...

Tuesday, January 25, 2011

What I've been doing? part 2

14 January 2010-Disebabkan desakan awek aku, aku pn dengan tidak semena2nya menjejakan kaki ke taman tema keriangan, Genting Highland.. Memang la riang, tp dorg yg riang.. Untuk pengetahuan korang, aku ni mmg xberapa minat ngan ride2 yg mengarut ni, xmencabar lgsung.. (Padahal takut.. hahaha)



Mmg sgt pnat.. Korang bayangkan r, sbb nk puaskan ati minah ni, aku sanggup amek tren pukul 2.30 pagi trus g kL sentral, dari kL sentral, tros nek ke genting.. Pergh.. Tuhan jela tau mcm mana mamainya aku pada ketika itu... Kat ats 2 plak mmg x dinafikan sejuk, pastu bole hujan lg, aku pn xsure 2 ujan or salji, da rasa mcm kt korea plak, toleh kanan, toleh kiri, xnmpk plak han jung suh, yg aku nmpk fara n kawan2 dia je.. hehehe... Dorg ni plak hyper skit, bole dikatakan sume ride kt atas 2 dorg nk nek.. Dan disebabkan rideride yg ade kt ats 2 x menarik perhatian aku (*fake),  tugas aku, jagakan beg dorg... Bravo!




Lepas da pnat men2 2, ktorg g mkan plak.. Ingtkan lepas mkn dorg nk balik, sbb masa 2 da ptg.. Tp rupanya ada misi lg, dorg bole g ajak pg cari ride2 yg dorg xnek lg.. ["Weh! Korg xreti pnat ke??"].
Ride terakhir yg ktorg nek is "Dinasour Island".. Lepas 2 dorg bole plak plan nk overnite kt situ.. Gila ape?? Aku da dua ari xtdo ni, mau histeria aku kt ats 2.. So, disebbkan aku da xlarat, ak, fara n sorg kwan fara pn decide nk balik, yg len 2, korg overnyte r sampai korg puas, ak xnk... Nk dipendekkan cite, turun je genting, lepas anta fara balik, ak pn balik la umah ak.. pastu korg toksah tnya r brape jam aku tdo en.. Tp sempat gak r jmpa member2 langat aku seblum aku blk johor..





~The End~

cesc: Thankz 2 my beloved fara, seronok dapat spend masa sm2.. 
<3 u.. Hehehe

Sunday, January 23, 2011

What I've been doing?

Mcm yg aku sangkakan.. Bila da start je semester ni, mesti aku jarang boleh update blog aku ni.. Silap2 aribulan, 2-3 bulan lg, mati r blog ni.. Ak jarang dapat on9 sgt sem ni, mklumla, kelas bnyak... Aktiviti pn belambak.. Memandangkan byk aktiviti yg aku buat, so mmg byk r bnda aku nk conteng2 kt cni..

9/01/11- Msa tgh dok lepak2, aku terasa mcm nk berjalan plak, nk beli seluar kt kalok, taukeh seluar jeans downtown.. hehehe.. Mlm 2 aku mmg da plan nk anta awek aku balik shah alam, pastu nk overnite skali ngan bob n chuna.. So, lepas amek fara, ktorg pn g la downtown, best skit shopping kt downtown ni sbb kalok boleh payung harga kasih sayang, bukan kt gerai dia je, korg sebut je nk beli ape, nnt abg long downtown ni akan bwk korg kt tempat2 yg berada di bawah jajahan takluk dia, harga baek punya.. Hehehe.. Thankz kalok..!
Da settle shopping, g amek brader hoper a.k.a bob plak yang da hangin menunggu aku kt umah dia, (korg paham2 la traffic kt downtown 2 cmne..) Sampai umah brader hoper ni, kewek plak msg sbuk nk ikut.. Adoyai..! Hm.. Nk xnk, g la amek mamat 2... Pastu tanpa membuang masa, tros gerak g Shah Alam.. Lokasi perjumpaan, KFC seksyen 2, Shah Alam.. Smpai seksyen 2, amek chuna and tros g KFC.. xde byk bnda sgt nk cite pasal ape yg ktorg wat, aku pn xberapa sedar sgt ape yg jd masa 2 (bukan sbb mabuk or drugs k, tp pasal ngantu sgt.. Hehehe)



Sedar2, da azan subuh.. Perut da kenyang, nk borak pn da xde topik lg, mata toksah ckp r ngantuk mcm mana, smpai aku wat bodo je baring kt seat KFC 2.. Tepat jam 6.10pagi (yoyo je tepat.. hehehe), aku tros anta fara n chuna balik.. Lepas 2, ktorg 3 jejaka ni pn dengan mata yg lebam teros balik ke langat... Budak dua ekor ni, aku start je keta, tros "padam"! Mmg bagus... Pape pn, aku slamat menghantar dorg ni pulang ke rumah masing2.. Alhamdulillah... (ktorg sempat gak solat subuh tau kt Plaza Tol batu 9 2.. Hehehe)



cesc: Ni la 1st time aku overnite ngan fara and buddies yg len.. Sweet memories.. :)
to: hoper, chuna and kewek (asri)->sorry, gmbr korg xde r dlm hp ak, lupa plak nk bluetooth.. hehe

Monday, January 10, 2011

KISAH SALEH DAN SALEHAH

Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : " Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama luangkan waktu denganku. "

Salleh : " Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang." (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Salleha : " Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? "

Salleh : "Errr? Permainan apa? "

Salleha : "Ermmmmm... sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja..... camnerr okay tak? "

Salleh : " Baiklah... lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. "

Salleha : " Lerr... cam tak ikhlas jerr.... nak tak nak??... semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? "

Salleh : " Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalao tak salah citerr PGLtengah now showing nie..... Ajebb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. "

Salleha : "OK sett!!!.... Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr... agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? "

Salleh : "Boleh juga..." ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe,suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirihat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :

Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di TheWorld's Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan eskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3  player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk "Fortune Telling". Sang peramal hanya mengatakan "Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang" kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak... tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr...

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai Desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong... korang jangan bwat pulak...
sama jugak macam yang kat atas tu... sajerr nak panjangkan citerr...

Hari ke 99 :

Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs

Salleha : " Aku haus. Rest kejap okay. "

Salleh : " Tunggu disini, aku beli minuman dulu. I nak minum "Green Tea"; You nak minum apa? "

Salleha : " Biar I saja yang beli. U kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr "

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : " Ada apa Cik? "

Orang asing : " Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi "

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemurterik matahari siang, terbujur tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegangbotol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke hospital bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri... sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor Zuhana : " Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. "

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepadaSalleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha.Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh...Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjangkan hari-hari kita bersama. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh ( shooting stars ) malam itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.

2358hrs

Salleh : " Salleha, apakah kau tahu harapan apa yang ku ucapkan dalam hati tika meniup lilin ulang tahunku? Aku pun berdoa agar Tuhan mengizinkan kita bersama-sama selamanya. Leha, kau tidak boleh meninggalkan aku! Hari yang kita lalui baru berjumlah 99 hari! Kau harus bangun dan kita akan melalui puluhan ribu hari bersama-sama! Aku juga sayang padamu, Salleha. Jangan tinggalkan aku, Ayang...jangan biarkan aku kesepian!, Aku sayang kamu...!"

Jam dinding berdentang 12 kali....jantung Salleha berhenti berdetak.

Hari itu adalah hari ke 100...

~The End~


moral of the story:

Luahkan perasaanmu pada orang yang kau sayangi sebelum terlambat.Kau tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan meninggalkanmu dan tidak akan pernah kembali lagi.

 True love doesn't always have a happy ending, because true love never ends....

p/s: Kisah ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa yg sudah hidup ataupun yang masih meninggal dunia.. hehehe :b



cesc: Just like it.. :)

Thursday, January 6, 2011

Aku dan ketenangan...

Kadang2, bile aku dok sorg2, aku akan memikirkan ape yg da jadi dengan hidup ak.. Adakah sume yg jd sama mcm yg aku nk? Hm.. Sama sekali tidak.. I rarely get what I'm dreaming of.. Most of my life is such a miserable...

God...
 Are u really "looking" at me?
I'm begging, give me more strenght to survive and finish this "journey"..

Adakah aku cukup tenang? Maybe itu yg org nmpk.. Tp xsape tau mcm mana aku berdepan dengan diri aku sendiri.. I need a better life.. Could I achive that?
I've been through few bad years.. 2011, what u got for me?


Tuesday, January 4, 2011

Bukan Diriku

Artist: Samsons
 
Setelah kufahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku
 
 

Langkah Baru 2011

*Listening to Fazli Zainal-Harapan while I'm writing this post..

Hari ni hari kedua aku kembali sebagai student UiTM Johor..
xsangka, baru setahun aku tggalkan Segamat tercinta ni, da mcm2 yg berubah..
Caya la segamat! Penuh dengan pembangunan..
Mcm 2 jugak la ngan kampus aku, da mcm2 yg baru, sampaikan aku da xtau cmne nk pg kelas,
Ade je blok baru... Pening kepala aku..
Sem ni aku wat kelainan, aku da xdok kolej lagi.. xde la mcm freshie! hehehe
Aku da dok umah sewa.. Housemate aku sume sempoi2..
Lutfi a.k.a Gadud, mmg byk tolong aku dalam masa dua ari ni,
Fuad a.k.a muki, mmg mcm minx tapak kaki ak sbb xabis2 nk bahan ak.. hahaha
And sorg lg, pian, aku xknal sgt sbb dia ni kawan muki..
1 rumah 4 orang je, mmg best gile.. Nk g mana2 pn snang sbb sume bwk keta,
mggu ni aku balik amek keta, mmg pnuh r garaj umah ni, sorg 1 keta.. hehehe
Pape pn, aku da rs homesick skit ni, rndu kt sume yg ade kt langat 2.. hehee
Tggu kepulangan ku!! Wink2! :b



cesc: missing my family, my heart, my friend...